Tempatan

Esok, Forum Peradaban Alam Melayu Anjuran PEMBELA & DBP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Februari 2023 – Forum ‘Peradaban Alam Melayu’ anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) akan berlangsung esok, Sabtu, 04 Februari 2023.

Program tersebut bakal menampilkan panel hebat, Prof Dr Solehah Yaacob dari Universiti Islam Antarabangsa dan Datuk Dr Mokhtar Saidin, Geologis/ Arkeologis, yang akan merungkai sejarah peradaban Alam Melayu yang jarang-jarang dikongsikan umum.

“Selain panel yang hebat-hebat belaka, difahamkan ada VVIP tertinggi negara berikan komitmen hadir forum Sabtu ini. Jangan lepaskan peluang..”, demikian info dari Facebook PEMBELA.

Orang ramai dijemput hadir ke yang akan berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Peserta yang hadir dianjurkan untuk berbusana tradisi Melayu seperti yang digalakkan oleh pihak penganjur, lelaki perlulah bertanjak dan perempuan pula hendaklah berbaju kurung dan kerudung kain batik

Kepada yang berminat anda dijemput untuk mendaftar di http://bitly.ws/yxey. “Sebarang soalan boleh hubungi kami di: Talian: 03-87259019 (Telefon & WhatsApp).”

“Ayuh Sertai Kami Merungkai Sejarah Hebat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: