Pentaksub Politik Guna Video Saya Untuk Salahkan Musuh Politik Masing-Masing – Haniff Khatri
INSPIRASI DALAM BERSANTAI: 389
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :
PENTAKSUB POLITIK MEMPERGUNAKAN BAHAN VIDEO SAYA (HANIFF KHATRI) PADA TEMPOH BERLAINAN UNTUK SALAHKAN MUSUH POLITIK MASING-MASING, SEDANGKAN KANDUNGAN KESEMUA VIDEO SAYA BUKTIKAN ISU KALIMAH ALLAH ADALAH KESALAHAN KESEMUA KERAJAAN!!
KATA PERIUK BELANGA HITAM!!
1. Kontroversi kes JILL IRELAND (KALIMAH ALLAH #2) yang telah tercetus sejak lama, telah saya mula memberi komen melalui Video sejak 15.04.2021, iaitu selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 10.03.2021 diumumkan ketika pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah TS MUHYIDDIN YASSIN.
(Lihat Video MALAYSIAN INSIGHT 15.04.2021 di Siri : 2573)
2. Kemudiannya apabila kontroversi penarikan balik Rayuan di Mahkamah Rayuan pada 18.04.2023 terdedah pada 15.05.2023, semasa Kerajaan terkini, iaitu Kerajaan Perpaduan PH-BN di bawah DS ANWAR IBRAHIM, maka saya juga telah memberi beberapa komen melalui Video yang disiarkan oleh pelbagai penerbit iaitu seperti yang diterbitkan TV PERTIWI pada 20.05.2023.
(Lihat Video TV PERTIWI 20.05.2023 di Siri: 3935)
(Sila juga lihat Video-video lain di Siri: 3926, 3928, 3930, 3932 & 3933)
3. Secara KONSISTEN, di dalam kesemua Video berkenaan, saya dengan jelas telah menyatakan bahawa KONTROVERSI isu ini adalah disumbangkan secara langsung dan secara tidak langsung oleh KESEMUA KERAJAAN yang pernah urus tadbir negara sejak tahun 2000 hingga kini!
4. Tapi ianya tidak mengejutkan saya, apabila PENTAKSUB POLITIK daripada parti masing-masing mempergunakan Video-video saya itu bagi tujuan untuk HANYA SALAHKAN musuh masing-masing, tanpa melihat Video saya yang lain yang turut sama menjelaskan sumbangan PARTI PENTAKSUB masing-masing dalam melaratkan masalah KONTROVERSI ini yang masih belum diselesaikan!
5. Video MALAYSIAN INSIGHT 15.04.2021 di Siri: 2573 itu dipergunakan oleh PENTAKSUB PH-BN untuk salahkan PN, manakala Video TV PERTIWI 20.05.2023 di Siri: 3935 itu pula dipergunakan oleh PENTAKSUB PN untuk salahkan PH-BN!
6. Sememangnya LUCU dan KELAKAR tindak-tanduk para PENTAKSUB POLITIK, yang masih tidak sedar bagaimana kesemua mereka lah yang sebenarnya BERSALAH secara BERSESAMA kepada kesemua Rakyat berkaitan ketiadaan penyelesaian KONTROVERSI kes JILL IRELAND (KALIMAH ALLAH #2) ini, bagaikan peribahasa:
“KATA PERIUK BELANGA HITAM”!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
Haniff Khatri
Pautan Asal: FB Haniff Khatri
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my