NGO

50 NGO PEMBELA Pahang Gesa Siasat Pemimpin DAP Bantu Sokong Penceroboh Hutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saya terbaca berita dalam sosial media bahawa Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui mahu penceroboh durian haram diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak dan asasi manusia di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kami merujuk kepada laporan .RAUB/002862/20 bertarikh 3September 2020 dan merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan bertarikh 23 Dis 2020 (bersama Lampiran) kami membuat report polis, memo ke SPRM, Jabatan Hutan Pahang, Menteri Besar Pahang, Istana Pahang, Istana Negara serta Mahkamah Tinggi di Kuantan tidak memberikan keputusan bahawa pencerobohan Musang King di Raub adalah Pencerobohan Tanah Kerajaan secara haram yang telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang Negara.

Sebagai warganegara Malaysia dan anak jati Kelantan kelahiran Negeri Pahang, saya membuat laporan polis ini atas kepercayaan bahawa pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang Serta Jabatan Perhutanan Negeri Pahang harus menjalankan siasatan jenayah ke atas semua pekebun haram Musang King yang mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kerajaan Negeri Pahang.

Ini kerana terdapat peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan jenayah serta menjalankan siasatan selanjutnya ke atas perlakuan pencerobohan dan penerokaan haram.

Lebih lagi dalam tindakan mahkamah, semakan kehakiman, pekebun Musang King telah mengaku secara terbuka bahawa mereka menceroboh serta meneroka di kawasan tanah milik Kerajaan dan Hutan Simpan Kekal di Daerah Raub sejak berdekad.

Dalam media yang sama, saya mendapati Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui telah menyeru semua pekebun yang menceroboh tanah kerajaan untuk terus berjuang hingga ke titik terakhir dan kemenangan pasti menjadi milik mereka serta dalam media lain juga beliau didapati berkata di Dewan Rakyat penceroboh ladang durian di Raub wajar diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak asasi dan manusia

Tujuan laporan dibuat adalah untuk meminta pihak kerajaan Negeri Pahang dan pihak-pihak yang berkaitan agar dapat bertindak tegas pantas dan berani sama ada dakwaan jenayah menceroboh ke atas penceroboh, maruah kepimpinan kerajaan Negeri yang makin dipandang lemah, hilangnya kewibawaan dan menghakis kepercayaan rakyat khususnya anak jati Negeri Pahang.

Selain itu, saya juga memohon supaya pimpinan DAP yang terlibat dalam membantu dan menyokong penceroboh tanah Kerajaan ini disiasat dan diambil tindakan sewajarnya kerana telah menentang kerajaan Negeri Pahang sedangkan parti tersebut telah pun menjadi parti gabungan dalam kerajaan perpaduan PHBN yang sepatutnya mereka tidak berlaku khianat kepada kepimpinan kerajaan gabungan mereka.

Sekian laporan saya.

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: