Tempatan

6 NGO Islam Buat Laporan Polis Terhadap Archbishop Julian Leow

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 April 2021 – Sebanyak enam wakil dari NGO-NGO Islam tampil membuat laporan polis ke atas Ketua Biskop Archdiocese Kuala Lumpur, Julian Leow di IPD Kajang semalam.

Laporan polis itu dibuat berikutan ucapan Archbishop KL itu dalam video tular “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak” yang menyatakan perancangan selama 25 tahun beliau yang bakal dijalankan untuk berhadapan dengan proses Islamisasi negara.

Antara enam NGO Islam itu adalah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), National Alliance For Justice Malaysia (NAJM), Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia, Armada Malaiu Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (NINJA Society).

Tujuan laporan dibuat adalah untuk meminta pihak PDRM segera membuat siasatan terperinci terhadap Archbishop KL Julian Leow yang telah menimbulkan kemarahan, keresahan serta suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.

Laporan polis itu juga dibuat untuk melindungi masa hadapan agama, bangsa dan tanah air daripada sebarang perkara buruk.

Sejak beberapa hari lepas, telah tular satu video dengan tajuk “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak”. Video tersebut telah dimuatnaik oleh page Facebook Hud Hud Crew.

Kontroversi timbul apabila suara yang dirakamkan tersebut menggunakan perumpamaan ‘merebus katak sehingga perlahan-lahan mati’ untuk menggambarkan perancangan yang bakal beliau jalankan untuk berhadapan dengan proses Islamisasi negara.

Pemilik akaun Hud Hud Crew tersebut turut menjelaskan bahawa isu Kalimah Allah turut merupakan sebahagian daripada perancangan yang dijalankan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button