KDN Mesti Bertegas Dengan Tindakan Ramasamy! – Pengerusi PEMBELA
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – “Kami pihak NGO sangat berasa sangat terkilan dan berasa hati terhadap statement yang dikeluarkan oleh P Ramasamy dan kuncu-kuncunya. Itu saya harap, pihak KDN boleh ambil tindakan,” kenyataan tersebut dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya yang mendesak supaya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian dan tindakan tegas terhadap tindak tanduk P Ramasamy yang dikatakan amat mengguris hati dan perasaan umat Islam.
Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis
Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy
Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal
Kenyataan tersebut dibuat dalam Himpunan Solidariti Akidah yang digerakkan oleh PEMBELA sebagai menyatakan solidariti dan sokongan kepada pihak yang terlibat dalam kes melibatkan persoalan hak penjagaan anak dan akidah 3 anak mualaf yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Himpunan yang menyaksikan kehadiran ratusan kepimpinan NGO Islam yang mewakili suara puluhan ribu umat Islam, berlangsung di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 21 Februari 2022.
“Beliau pernah dikaitkan dengan LTTE. Siasat balik! Buka balik! Jangan dibiarkan. Sebab sekor ini, kita huru-hara hari ini. Saya ingat kalau dia dah tidak ada, kita semua tak payah datang hari ini. Sebab seekor ini, kita yang pening!” Hj Aminuddin turut membangkitkan tentang kontroversi yang melibatkan dakwaan pelbagai pihak serta laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini yang mengaitkan penglibatannya dengan pihak LTTE.
“Jadi saya harap pihak KDN tolong bertegas! Kerana ini bukan kali pertama P Ramasamy ni bercakap demikian. Dah banyak kali!”
Pengerusi PEMBELA itu turut menempelak serta memberi amaran terhadap komen-komen melampau yang dibuat oleh golongan yang dinamakan beliau sebagai golongan ekstremis Hindu yang cuba mengapi-apikan isu ini dengan sentimen perkauman melampau.
“Ada pula di sini, sebahagian ekstremis Hindu, nak bawa pula katanya apa yang berlaku di India di sini! Eh! Ini negara Malaysia la! Negara Orang Melayu! Tanah Melayu! Mana pernah kita seksa orang India dan Cina? Kita beri kerakyatan. Kita beri tanah. Kita beri peluang meniaga. Sekarang akidah kami pula kamu nak cabar!!! Ini orang kata, beri betis nak peha!”
Mengingatkan semua pihak memikirkan tentang perpaduan dan tindakan yang menggugat keharmonian negara, Hj Aminuddin menempelak pihak-pihak yang dilihat seperti menggugat semua perkara itu melalui tindakan-tindakan mereka.
“Jadi saya harap semua pihak tolong fikirkan, kalaulah betul Ramasamy ini dan kuncu-kuncunya memahami tentang perpaduan, kesatuan dalam negara ini, nak negara ini aman. Tolong jangan bangkitkan isu ini. Perkara ini telah dijelaskan dengan baik. Jangan api-apikan!”