Tempatan

Tutup SK Lebih Mudah Seperti Merobohkan Masjid Surau, Daripada Roboh Rumah Ibadat Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – Kerajaan harus merombak sistem pendidikan SJKC selari dengan agenda bina negara, dan bukan hanya melayan bantahan ultra kiasu terhadap penutupan SJKC Mikro atau Sekolah Kurang Murid (SKM), tegas Profesor Dr Ridhuan Tee.

Beliau berkata, masalah tidak akan selesai dengan hanya memberikan statistik SKM kurang murid.

“SJKC, bukan setakat tutup, sistem pendidikan SJKC perlu dirombak, disusun semula kurikulumnya sesuai dengan agenda membina negara,” tegas Profesor Dr Ridhuan Tee.

Beliau juga menyarankan supaya subjek Sejarah di SJKC mesti diajar dalam BM, bukan diajar dalam bahasa Mandarin serta subjek ini mesti ajar oleh guru Melayu dan bukannya guru Cina kerana didapati terdapat penyelewengan fakta dibuat, menurut Profesor Dr Ridhuan Tee.

Beliau juga memaklumkan bahawa terbaharu ultra kiasu yang menentang sehebat-hebatnya penutupan SJKC ini telah meminta Kerajaan menggantikan SJKC kurang murid ke kawasan strategik dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan, di mana menurut rekod Kementerian Pendidikan terdapat 616 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tergolong dalam kategori sekolah kurang murid.

Justeru, beliau yang menyeru Kerajaan bertegas dalam Pendidikan, kerana ia adalah teras kepada pembinaan negara bangsa turut menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi menangani isu ini.

Pada masa yang sama, Profesor Dr Ridhuan Tee turut mempersoalkan tindakan Kerajaan mengekalkan SJKC sekiranya guru lebih ramai daripada murid misalnya seperti SJKC Choon Hwa, Batu 18, Hulu Langat yang cuma ada lebih kurang 20 murid dengan langsung tidak ada murid Cina.

Antaranya adalah menyeru Kerajaan menyelamatkan wang negara dengan menutup, menggabung atau pindahkan SKM tersebut dan tidak ada keperluan mengganti SJKC kurang murid ke kawasan strategik seperti mana desakan ultra kiasu.

“Sama seperti merobohkan masjid surau lebih mudah daripada merobohkan rumah ibadat haram (kuil haram),” ujar Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: