Tempatan

Masih Ada Usaha Membina SJKC Di Bandar Kinrara Sedangkan Kerajaan Sudah Arahkan Berhenti! – Pengerusi BERTINDAK

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Pengerusi BERTINDAK dan aktivis masyarakat, Haji Mohd Haron Al-Sidik mempersoalkan mengapa masih ada usaha untuk membina SJKC di Bandar Kinrara sedangkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengarahkan pihak berkenaan untuk berhentikan kerja.

Menurutnya, sudah tentu ini semua kerja tangan-tangan ghaib yang sehingga sekarang, papan tanda dan pagar juga masih belum dibuka.

BACA: Kronologi Tapak SK Tukar SJKC: Semua Bisu, Pekak Dan Buta – Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Kinrara

BACA: Tapak SK Tukar SJKC: ADUN DAP Berdiam Diri

BACA: Perhimpunan Bantah Pembinaan Sekolah Cina Ke-7 Bandar Kinrara Selasa Depan

“Ini menunjukkan masih ada usaha untuk meneruskan pembinaan SJKC tersebut melalui jalan belakang.”

Ujarnya, baru-baru ini unit tender Jabatan Kerja Raya (JKR) dilihat ada membuat lawatan ke tapak SK di Bandar Kinrara (BK) berhampiran Restoran Ali Baba pada pertengahan bulan Disember 2021 lalu.

Persoalannya, apa yang mereka sedang rancang dan usahakan itu jelas akan didirikan sekolah di sini bukannya di tapak yang SJKC ceroboh sebelum ini.

Haji Mohd Haron berkata, pihaknya berharap KPM memberikan pencerahan mengenai perkara ini, itupun jika KPM ada niat hendak bina dua buah sekolah kebangsaan terus.

Ujar beliau lagi, Sekolah Kebangsaan BK3 yang ada sekarang pun perlukan pembaikan yang amat serius secara keseluruhan terutama di bahagian semua toilet dan dinding kelas yang kusam serta kotor termasuk di bahagian dalaman.

“Tetapi, sekarang ini seolah-olah mereka seperti cuba beri tapak lain kepada kami. Tapak ini di BK5, jaraknya kurang 1 km.”

“Kedua-dua tapak ini milik SK, jadi jika mereka hendak bina SK di situ saya tiada masalah, dialu-alukan.”

“Tetapi jika hendak kaburi mata penduduk untuk teruskan pencerobohan di tapak BK5B, saya tidak setuju,” tegasnya.

Menurut beliau, kesemua tapak-tapak SK yang ada, adalah milik SK sahaja dan tidak boleh dijadikan SJKC oleh mana-mana pihak.

Sedangkan, tapak SK yang ada ini pun tidak mencukupi jika ikut jumlah pintu rumah 13,000. Malah, jika buka untuk 5 km radius, kita perlukan dalam 6 SK lagi sebenarnya.

“Bererti kita tidak boleh korbankan walau satu pun tapak SK yang ada ini. SJKC boleh cari tapak lain, luar dari Bandar Kinrara.”

“Untuk pengetahuan, saya sendiri sudah hantar surat kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) dan terbaru kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.”

Jelasnya, apa yang pelik adalah, kenapa mereka tidak mahu berjumpa dengan saya. Saya cuma mahu berbincang dan ingin memohon pembinaan sekurang-kurangnya dua buah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) di Bandar Kinrara Puchong.

Haji Mohd Haron berkata, beliau tidak boleh harapkan wakil rakyat di Kinrara ini kerana ADUN hanya tahu pembinaan SJKC sahaja.

“Jika pemimpin-pemimpin Melayu yang duduk di kayangan ini tidak mahu menolong saya, kepada siapa lagi perlu saya berjumpa,” soalnya?

Tegas Haji Mohd Haron, sekarang ini cuma tinggal satu sahaja cara, iaitu mengadakan “Perhimpunan Aman Rakyat, Mendesak Pembinaan Sekolah Kebangsaan” di Bandar Kinrara.

“Pada PRU15 nanti, saya fikir ada baiknya saya masuk bertanding sebagai calon bebas di DUN Kinrara ini.”

Menurut beliau, Kinrara ini perlukan wakil rakyat yang boleh membantu semua kaum selain dapat mengeratkan perpaduan dan keharmonian kaum.

“Saya bukannya minta intan atau berlian, saya cuma minta dua buah SK sahaja. Jika dua buah SK ini dapat dibina ianya mampu memberikan keselesaan kepada penduduk dalam 5 km radius,”katanya.

Jelas beliau lagi, sekarang ini kita cuma ada dua SK iaitu SK Seksyen 1 dan SK Seksyen 2. Kedua-dua SK ini terlalu penuh, sesak dan kedua-dua SK terletak di seberang Lebuhraya BK3 dan BK2.

Malah, untuk penduduk BK4 sehingga BK9 tiada SK dibina walaupun tapak-tapak SK dan SMK ada disediakan sejak tahun 2002 lagi.

“Bila kita tanya kepada KPM, bila hendak bina sekolah baru, alasannya mudah sahaja, tiada peruntukan.”

“Kita diam kerana faham, betullah agaknya kerajaan tiada wang. Tetapi bila kita diam terlalu lama, tanah-tanah SK ini boleh pula diberikan kepada SJKC.”

Menurutnya, inilah pengkhianat-pengkhianat negara yang masih wujud. Mereka inilah yang sebenarnya memusnahkan keharmonian dan perpaduan kaum negara kita.

“Apa yang lebih mengecewakan laporan polis dan laporan SPRM pun sudah dibuat, tetapi, tinggal laporan sahaja. Siasatan, entah ke mana, mungkin pihak Bukit Aman boleh mengambil maklum.”

“Insha Allah, jika selepas hari raya ini tiada sebarang maklum balas dari pemimpin-pemimpin ini, saya akan buat perhimpunan yang telah dirancang.”

“Biar rakyat yang bersuara! Maaflah, jangan salahkan saya lagi. Saya sudah ikut semua protokol,”ujar Haji Mohd Haron mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: