Tempatan

SMPC Tidak Boleh Dibantu Kerajaan Kerana Tidak Berperlembagaan – Prof Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Oktober 2021 – “Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) beraliran UEC adalah tidak berperlembagaan dan sudah semestinya mereka tidak boleh dibantu dan diiktiraf di negara ini,” ujar Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

“Kita tidak pernah mahu belajar daripada sejarah. Sudahlah sebelum ini mengiktiraf sijil yang dikeluarkan iaitu Unified Examination Certificate (UEC), kemudian diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Diikuti beberapa buah negeri telah iktiraf.”

“Pasti tidak lama lagi akan diiktiraf sepenuhnya, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Apa nak jadi?”

Katanya, sejak awal lagi SMPC telah mengambil keputusan tidak mahu menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan enggan menyertai arus pendidikan kebangsaan.

Malah mereka bertegas untuk menggunakan bahasa Cina sebagai medium. Jadi mengapa masih dilayan?

“Keengganan SMPC untuk diserap masuk ke SMJKC sudah jelas menunjukkan mereka amat degil dan keras kepala.”

Ulas beliau lagi, tidak ramai yang tahu sebenarnya SJKC (sekolah kerajaan), SMPC dan tiga universiti merdeka diuruskan oleh NGO yang sama.

“Mereka terdiri Lembaga pengurusnya (Dong Zong), Lembaga Pengetua dan Guru-Guru (Jiao Zong) dan digabungkan menjadi Dong Jiao Zong.”

“Dalam kata lain, PIBG semua SJKC, SMKJC dan SMPC adalah orang sama memimpin.”

Jelas pensyarah UniSZA ini, kesemua sekolah yang dinyatakan ini disokong kuat oleh NGO ultra kiasu yang lain seperti Dong Lian, Hua Zong dan pertubuhan perniagaan mereka serta orang perseorangan yang kaya-raya.

“Hebatkan? Sebab itu, saya langsung tidak boleh terima jika dikatakan NGO ultra kiasu kekurangan dana dan perlu kepada bantuan kerajaan.”

Menurut Prof Ridhuan Tee lagi, Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong, Dong Lian dan banyak lagi NGO Cina serta persatuan perniagaan mereka, semuanya seperti adik beradik. Kemampuan kewangan semua NGO ini adalah luar biasa.

“Kita sahaja yang sentiasa bermusuh dan mereka mengambil kesempatan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: