Tempatan

Hua Zong Minta Kerajaan Ubah Perlembagaan & Badan Kehakiman Pantau Cabaran Atas Sekolah Vernakular

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2021 – Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan meminta kerajaan mempertimbangkan keperluan untuk meminda peruntukan Perlembagaan bagi memperjelaskan dan menegaskan kedudukan sekolah vernakular.

Ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.

“Kerajaan diminta mempertimbangkan keperluan untuk meminda peruntukan Perlembagaan bagi memperjelaskan dan menegaskan kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melindunginya daripada terus diputar belit dan dicabar,” kata Tan Sri Goh Tian Chuan seperti dipetik dalam portal Ismaweb.

Selain itu, bagi mempertahankan Perlembagaan dan keadaan negara yang sedia ada, beliau mahu kerajaan dan badan kehakiman untuk memantau mana-mana usaha dan tindakan yang mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah.

“Kami (Hua Zong) kecewa dan kesal terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang telah membawa perkara ini ke mahkamah, kerana kami berpendapat usaha dan tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu.”

Di samping itu, Goh Tian Chuan juga mahu kerajaan menginstitusikan peruntukan kepada pendidikan Cina dalam belanjawan yang akan dibentangkan.

Malah, beliau juga berharap semua sekolah, termasuk SJKC akan terus mendapat pembiayaan secukupnya daripada kerajaan untuk kos pembangunan dan kemajuan yang melibatkan pembinaan sekolah.

Ia termasuklah pembiayaan untuk penambahan SJKC baharu dan pembinaan sekolah untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan baharu serta tenaga pengajarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: