Gabungkan Sekolah Aliran Sains-Tahfiz, Atasi Isu Lebih 3 Ribu Sekolah Kurang Murid
KUALA LUMPUR, 19 Februari 2023 – YB Ustaz Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary telah mencadangkan supaya Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia menggabungkan sekolah aliran sains yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) dengan sekolah-sekolah tahfiz yang ada di negeri-negeri Pantai Timur yang kemasukkannya begitu terhad.
Menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, cadangan tersebut adalah sebagai inisiatif untuk mengatasi isu 3,017 sekolah yang juga termasuk sekolah di Lembah Klang yang dikategorikan sebagai SKM.
BACA JUGA: Polis Damansara Difitnah, Polis Buat Laporan
BACA JUGA: Kementerian Sambut Baik Cadangan Turap Jalan Guna Getah Tempatan
BACA JUGA: Ungkit Sejarah Kolonial British, Penny Wong Dipersoal Rakan Senator
Ia juga mengambil kira pilihan ibu bapa termasuk di Lembah Klang yang gemar dan cenderung untuk memilih sekolah-sekolah tahfiz yang terhad ini menjadi tempat untuk anak-anak mereka menuntut ilmu, jelas YB Ustaz Datuk Haji Ahmad Marzuk.
Tambah beliau, data SKM ini menunjukkan ada sekolah yang mempunyai hanya 150 murid pada satu-satu sesi.
Justeru, beliau menyarankan kepada Menteri Pendidikan Malaysia supaya membuat satu kajian secara lebih komprehensif untuk menjadikan sekolah-sekolah kurang murid ini digabungkan dan pada yang sama diletakkan aliran sains, tahfiz dan sebagainya yang mungkin akan boleh mengatasi secara holistik terhadap isu SKM ini.
Dalam pada itu, YB Ustaz Datuk Haji Ahmad Marzuk juga mempersoalkan apakah perancangan pihak kementerian sendiri, selain daripada perancangan sedia ada untuk tidak membiarkan sekolah ini beroperasi dengan kekurangan murid.