Tempatan

Pakar HDB Singapura: “Bahaya Dari Segi Pertahanan Dan Keselamatan”-Prof Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpendapat bahawa menggunakan kepakaran ultra kiasu dalam sektor strategik amat bahaya kepada keselamatan dan pertahanan negara.

Kenyataan beliau sebagai mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan bahawa beberapa pakar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dari Singapura akan dihantar ke Malaysia pada Februari ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran.

BACA JUGA: Tebaran Rumpun Bangsa Melayu Polinesia Sudah Menghampiri 400 Juta Orang

BACA JUGA: Raja-Raja Melayu Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Asas Kemerdekaan 31 Ogos 1957

BACA JUGA: Kita Ada Anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Tapi “Yang Dipilih Ialah Anak Anwar”

Prof Ridhuan Tee juga turut berkata, isu menggunakan pakar perumahan Singapura ini adalah sebahagian daripada isu kecil, untuk menutup isu yang lebih besar, yang mana tanpa sedar akan menggadaikan keselamatan negara kita.

Oleh itu, beliau menyarankan sekiranya Kerajaan ingin menggunakan kepakaran dari luar, bukan Singapura kerana negara tersebut adalah negara ultra kiasu.

“Bahaya kepada negara kita! Tetapi carilah negara lain, Thailand tidak kurang hebatnya, tetapi bukan Singapura.”

Ini kerana, menurut beliau, Singapura adalah negara ultra kiasu dengan mengibaratkan Singapura seperti sebiji kek.

“Singapura ini ibarat sebiji kek, kalau boleh dia mahu makan semua kek itu, dia tidak mahu kongsi meskipun ia adalah sebuah pulau Melayu. Sepatutnya ultra kiasu mesti rasa amat terhutang budi kepada Melayu kerana telah melepaskan sebuah pulau yang bukan milik bangsanya. Namun, semua itu tidak berlaku.”

Turut mengingatkan orang Melayu bahawa Singapura adalah sebuah negara Melayu yang telah terlepas kepada bukan Melayu. “Takkan kita masih tidak sedar akan isu keselamatan.”

Tambah beliau, sudah tiba masanya kepentingan strategik negara, seperti isu perumahan ini, yang melibatkan kepentingan Melayu bandar (PBT), dimasukkan sebagai komponen strategik negara, sama seperti air, empangan, penjana kuasa elektrik, lapangan terbang dan pelantar minyak.

“Kalau dahulu, kita tubuhkan Pusat Sasaran Penting, 1962 bagi menjaga kepentingan strategik negara dan dikawal tentera sepenuhnya, kerana bimbangkan ancaman dan tindakan sabotaj pengganas komunis. Apakah hari ini kita menyangkakan bahawa komunis itu tidak ada? Komunis tetap ada selagi adanya ultra kiasu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: