Tempatan

Cadangan Nga Kor Ming Radikal – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – “Saya kira cadangan YB Nga Kor Ming ini adalah sesuatu yang radikal yang sebenarnya seiring dengan agenda pemansuhan hak Bumiputera yang seringkali dilaung-laungkan sebagai modal berpolitik di kalangan segmen masyarakat bukan Bumiputera,” kata Hj Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas “Nga Kor Ming Super Fans Page” melaporkan, Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming mencadangkan agar semua warganegara yang lahir selepas kemerdekaan adalah Bumiputera.

“Bagi saya, ianya hanya satu permainan kata-kata yang licik sahaja.”

“Mencadangkan agar semua orang mendapat status Bumiputera sebenarnya sama sahaja dengan mencadangkan agar memansuhkannya sahaja,” kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu.

Bagi Hj Aminuddin, secara tidak langsung, apa yang dicadangkan Nga Kor Ming ini boleh dikira sebagai pendirian mewakili DAP secara keseluruhannya selagi mana tiada kenyataan rasmi parti yang membidas dan mengatasinya.

“YB Nga Kor Ming adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP. Sefaham saya dalam struktur DAP, jawatan Setiausaha Agung adalah yang nombor 1. Maknanya, Nga Kor Ming adalah orang nombor 2 dalam DAP.”

Beliau seterusnya membangkitkan persoalan yang sama dengan orang lain, mengapa Nga Kor Ming hanya membuat kenyataan mengenai perkara ini melalui Twitternya hanya dalam bahasa Cina padahal biasanya beliau menulis dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris di Twitternya.

“Malah, akhbar-akhbar yang menyiarkan kenyataan ini rata-ratanya hanyalah media-media bahasa Cina sehinggalah ada media yang menterjemahkannya. Ini sesuatu yang mencurigakan. Apakah ia hanya suatu kebetulan sahaja?” kata beliau

Ujar Hj Aminuddin lagi, apakah kenyataan Nga Kor Ming ini ada kaitan dengan kenyataan seorang Ahli Parlimen PH yang mencadangkan agar Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dikaji semula.

“Atau hanya kebetulan? Apakah selepas ini akan ada lagi mana-mana wakil rakyat akan ‘echo’ cadangan yang sama secara strategik?” soal Hj Aminuddin lagi sebelum mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: