Tempatan

Respons Apek Cina : Cadangan Nga Kor Ming Semua Rakyat Lahir Lepas Merdeka Sebagai Bumiputera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – “Nga Kor Ming Super Fans Page” mengatakan “cadangan bahawa semua warganegara yang lahir selepas kemerdekaan adalah Bumiputera”.

“Senang cakap. Siap dalam satu bahasa ramai tak faham. Menawan hati sesetengah kaum, jadi hero kaum,” kata blogger, Ulasan Apek Cina dalam Facebooknya selepas laman Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page mengeluarkan kenyataan penuh dalam bahasa Cina mengenai cadangan tersebut.

Ujar Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How, YB Nga Kor Ming juga menyebut mengenai Indonesia yang telah memansuhkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Berikutan itu, peguam itu menimbulkan persoalan kepada Pengerusi DAP Perak itu sama ada beliau mengetahui, tiada sistem pendidikan Cina seperti Malaysia di Indonesia dan dahulunya, orang Tiong Hwa tidak dibenarkan menggunakan nama Tiong Hwa.

“Saya tak mahu gitu. Orang Melayu lagi menghormati hak orang Tiong Hwa dan kita sepatutnya membalas penghormatan itu!”

Tai Zee How kemudiannya menyatakan bahawa, hak istimewa Bumiputera adalah satu toleransi kepada hak warganegara bukan watan.

“Contohnya: Sekolah Rendah Mandarin yang selepasnya diserap masuk ke dalam aliran kebangsaan sebagai Sekolah jenis Kebangsaan. Saya tak nampak serantau dunia terdapat sistem vernakular Tiong Hwa sebaik Malaysia.”

Tambah beliau lagi, “Kewarganegaraan ramai-ramai kepada anak bukan watan, sistem pendidikan bahasa ibunda, hak pertahan bahasa ibunda, hak mengundi, hak menyertai politik, hak berniaga secara bebas dan sebagainya. Sebagai pulangan, hak istimewa dalam pendidikan dan ekonomi kepada anak watan, Bumiputera.”

“Saya rasa ini adalah saksama,” kata Tai Zee How.

Justeru, beliau menegaskan bahawa hanya Bumiputera sendiri yang boleh memansuhkan hak mereka dan bukan diperalatkan sebagai agenda politik.

“Hak Bumiputera hanya boleh dimansuhkan secara sukarela oleh kaum Bumiputera, bukannya diperalatkan sebagai agenda politik untuk menghasut kaum lain untuk membenci polisi ini yang termaktub dalam Perlembagaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: