Tempatan

313 Melayu Perkukuh Cawangan Melayu Terbesar DAP

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIT, 27 September 2022 – “DAP Perak berjaya mencipta sejarah dengan menubuhkan cawangan Melayu yang terbesar di Perak iaitu cawangan DAP Parit yang terdiri dari 313 orang ahli-ahli Melayu,” menurut kenyataan Democratic Action Party (DAP) melalui satu hantaran Facebook baru-baru ini.

Pertubuhan ini menjadikannya sebagai cawangan DAP paling ramai Melayu di Perak dan diketuai orang Melayu sendiri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Tarmizi Mohd. Jam yang juga merupakan Calon Amanah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memaklumkan, sebanyak 313 permohonan untuk menjadi ahli cawangan itu telah diterima dan ini menjadi satu sejarah kerana Parit merupakan kawasan yang hampir 100% penduduknya adalah orang Melayu.

“Tetapi hari ini, DAP akan menubuhkan cawangannya di Parit dan cawangan ini adalah cawangan DAP Melayu terbesar di Perak dan diketuai oleh orang Melayu. DAP memang mempunyai cawangan Melayu di tempat lain tetapi di Parlimen Parit ini merupakan satu sejarah kerana ini kawasan Melayu.”

Ini merupakan satu perkembangan positif yang membawa hala tuju baharu negara kita,” ujar Nga Kor Ming.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan memberitahu, satu lagi penubuhan cawangan DAP Melayu sedang digerakkan di Kampung Bahagia, Teluk Intan.

“DAP cawangan Kampung Bahagia semua ahlinya orang Melayu, macam cawangan Parlimen Parit ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: