Tempatan

Menu Rahmah: Rakyat Masih Harapkan Penurunan Harga Barang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SUBANG JAYA, 02 Februari 2023 – Menu Rahmah, program makanan murah untuk golongan miskin tegar yang berharga RM5 mendapat sambutan ramai, namun ada juga rakyat yang mengharapkan Kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Fendi, seorang pelanggan yang ditemui berkata, Menu Rahmah sememangnya menawarkan harga yang lebih baik berbanding apa yang mampu dibelinya ketika bergelar pelajar sebelum ini iaitu nasi bujang.

Baca juga : Kewarganegaraan Automatik Jika Bertutur Dalam BM

Baca juga : Ibu Bapa Patut Rancang Lebih Awal Persediaan Sekolah, Raya – Pakar

Baca juga : Dakwaan Abai Pesakit Di Hospital Serdang, JKNS Siasat

“Untuk harga RM5, bahagian yang diberikan setakat ini sangat bagus. Kalau nak dibandingkan dengan zaman saya masih pelajar dan saya makan nasi bujang, cuma nasi, telur goreng dan sup.”

Tetapi baginya, program ini masih memerlukan kos yang tinggi jika seluruh isi rumah ingin menjamu selera.

“Ia tidak sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat kerana RM5 digunakan untuk satu hidangan sahaja. Kami makan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari, dan apa lagi dengan kanak-kanak.”

“Katakanlah, dalam satu isi rumah ada empat orang, RM20. Dengan RM20, kalau beli nasi dan lauk lain, kita boleh makan dua tiga hari.”

Oleh itu, ujarnya selain inisiatif program Menu Rahmah, Kerajaan juga perlu menurunkan harga barangan untuk mengurangkan beban rakyat.

“Menu Rahmah ini memang membantu rakyat, tetapi bagi saya, adalah lebih baik jika kerajaan dapat mengurangkan kos barangan.”

“Bukan setiap hari orang boleh makan di kedai. Jadi, selagi ekonomi tidak menentu, ada baiknya ini (Menu Rahmah) dapat diteruskan dan jika kerajaan dapat mengurangkan kos bahan mentah, itu sangat bagus.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: