Tempatan

Kewarganegaraan Automatik Jika Bertutur Dalam BM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – “Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari,” ini merupakan salah satu syarat untuk menjadi warganegara selepas tertubuhnya Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Menurut Arkib Negara, syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu diperketatkan lagi melalui penguatkuasaan undang-undang dan naturalisasi secara memohon.

Selain bertutur dalam Bahasa Melayu, syarat lain untuk menjadi warganegara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:

i. Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.

ii. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan berterusan selama 15 tahun.

iii. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal berterusan selama 15 tahun.

iv. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal berterusan selama 15 tahun.

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu: Titik Mula Negara

BACA JUGA: Raja-Raja Melayu Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Asas Kemerdekaan 31 Ogos 1957

BACA JUGA: British Rampas Kuasa Mutlak Raja-Raja Melayu Secara Halus

Tambah Arkib Negara, melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula, seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya:

i. Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan,

ii. Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

“Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan Tanah Melayu, mengetahui Bahasa Melayu dengan baik atau Bahasa Inggeris dengan baik,” kata Arkib Negara lagi.

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948 dengan kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada 21 Januari 1948.

Tanah Melayu ini adalah hasil dari tentangan hebat orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn Bin Jaafar terhadap Malayan Union.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: