Tempatan

British Rampas Kuasa Mutlak Raja-Raja Melayu Secara Halus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – “Raja tidak lagi ada kuasa mutlak, slowly from 1948, 1955, 1957 secara halus, secara subtle dan ini cara British,” ujar Prof Emeritus Dato Dr Wan Hashim Wan Teh dalam sebuah forum Perbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0 bertajuk ‘Malaysia Tidak Wujud Tanpa Persekutuan Tanah Melayu’.

Ketika membicarakan mengenai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Prof Wan Hashim berkata, “British mesti ada satu ruang untuk mengurangkan kuasa-kuasa Raja ataupun memberi kuasa mutlak Raja ini kepada rakyat yang terpilih.”

Hal ini kerana sistem sebegini sudah berlaku di Eropah seperti French Revolution, di mana kuasa mutlak Raja pergi kepada republik yang dipegang oleh Napoleon.

Menurut beliau, “Kuasa raja mutlak itu diambil perlahan-lahan, dikekalkan raja tetapi kuasanya diberi kepada rakyat jelata, parlimen ataupun assembly.”

“Jadi negara kita ini, mereka hendak mengambil sebahagian daripada kuasa mutlak Raja. Kalau zaman Melaka dulu, Raja adalah hakim, Raja menjatuhkan hukum bunuh, Raja membuang daerah dan sebagainya,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Prof Wan Hashim turut mengatakan bahawa perjanjian Persekutuan Tanah Melayu adalah British-Inggeris berkongsi kuasa dengan orang Melayu, rakyat jelata dan dengan Raja-Raja.

“Secara subtle, Raja sendiri menyerahkan kuasa kepada rakyat dan seperti yang saya pernah bertemu, sempat mengadap DYMM Almarhum Sultan Azlan Shah menulis biografinya. Dia berkata, now Wan, the King does not rule but reign. Bertakhta tetapi bukan lagi memerintah,” kata Prof Wan Hashim.

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Rujukan Kepada Perjanjian 1957 – Profesor Datuk Dr Shamrahayu

BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa

BACA JUGA: Tebaran Rumpun Bangsa Melayu Polinesia Sudah Menghampiri 400 Juta Orang

Tambahnya, “Dulu ya kita memerintah, Raja Mutlak. Absolute power. Tapi sekarang the King reign. Bertakhta bukan lagi memerintah. Jadi kuasanya sedikit saja dipegang, yang lainnya diserahkan kepada parlimen, legislative assembly membuat undang-undang dan sebagainya.”

Beliau berpendapat, perjanjian ini adalah satu revolusi, penyerahan dan pengambilan kuasa mutlak Raja-Raja Melayu secara senyap.

Sebelum itu, British telah memperkenalkan Malayan Union yang dipercayai untuk mengambil alih kuasa daripada Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu sepenuhnya.

Beberapa pahlawan Melayu melihat perkara tersebut sekali gus menggerakkan seluruh umat Melayu menentang Malayan Union yang berniat meletakkan Raja-Raja sebagai mufti sahaja di peringkat negeri tanpa kuasa politik dan sebagainya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: