Tempatan

Perkataan ‘Rahmah’ Tidak Sesuai Untuk Menu Tidak Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 04 April 2023 – Penggunaan perkataan ‘Rahmah’ pada makanan tidak halal dianggap tidak sesuai kerana boleh menimbulkan salah faham dan kontroversi.

Demikian penegasan dari Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa susulan tular isu Menu Rahmah bagi menu tidak halal yang diperkenalkan julung kalinya di Johor.

Menurut beliau, “Apabila mahu digunakan makanan yang tidak halal seumpamanya di sana mungkin ada pertimbangan lain iaitu kesalahfahaman dan kekeliruan kerana ‘Rahmah’ ini adalah dari Bahasa Arab dan ia membawa konotasi Rahmatal Lil Alamin.”

BACA JUGA: JAKIM Nafi Tarikh Tular Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama

BACA JUGA: Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Melanda Utara Sumatera, Dirasai Malaysia

“Jadi untuk makanan tidak halal tidak sesuai untuk digunakan nama inisiatif Menu Rahmah kerana bagi menjaga sensitiviti agama dan budaya orang Melayu dan Islam,” ujar Ahmad Syamil.

Justeru itu, beliau berpendapat, jika Kerajaan mahu meluaskan inisiatif Rahmah ini kepada masyarakat bukan Islam, lebih baik menggunakan nama lain agar tidak mencetuskan sebarang kontroversi dan isu-isu lain.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahudin Ayub memaklumkan sebanyak 49 buah kedai di Johor menyambut baik inisiatif Menu Rahmah dan menawarkan menu tidak halal di kedai mereka untuk pelanggan bukan Islam.

Antara menu yang disediakan adalah makanan laut, kepak ayam, mi sup, burger, lobak putih goreng, manisan dan pelbagai lagi menu lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: