Tempatan

Dakwaan Abai Pesakit Di Hospital Serdang, JKNS Siasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SERDANG, 02 Februari 2023 – “Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam siasatan terperinci pihak hospital dan juga JKNS.”

“Secara amnya, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Kardiologi Hospital Serdang telah menjalankan tugasan dengan sehabis baik meskipun berdepan dengan jumlah pesakit yang sangat tinggi yang datang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Hospital Serdang kekal komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.”

Demikian kenyataan dari Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato Indera Dr Sha’ari Bin Ngadiman, merujuk kepada ciapan yang tular di laman media sosial Twitter baru-baru ini.

BACA JUGA: Siar “Murid SJKC Tak Minat Subjek Bahasa Melayu”, NST, BH Disiasat Polis

BACA JUGA: COVID-19: Kemasukan Ke Hospital Meningkat 6.3% Berbanding Minggu Sebelumnya

BACA JUGA: “Bantu Kami Dengan Turunkan Harga Barang, Bukan Ajak Rakyat Memboikot” – PRMK

Ujar Dato Indera Dr Sha’ari, kes ini melibatkan seorang pesakit yang telah datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada 26 Januari 2023 di mana beliau telah diberi rawatan sewajarnya bagi penyakit jantung oleh pasukan Kecemasan dan ditempatkan di Wad Kecemasan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) ingin merujuk kepada ciapan yang tular di laman media sosial Twitter bertarikh 26 Januari 2023 mengenai kelewatan kemasukan pesakit ke wad dari Jabatan Kecemasan Hospital Serdang, dan ciapan kedua oleh pengguna Twitter yang sama pada 31 Januari 2023 mengenai dakwaan bahawa telah berlakunya pengabaian oleh pihak hospital sehingga mengakibatkan seorang pesakit berumur 64 tahun meninggal dunia di wad Kardiologi.”

Tambahnya, selain di Wad Kecemasan, pesakit juga telah dirujuk kepada Jabatan Kardiologi untuk rawatan selanjutnya.

“Beliau terus ditempatkan di Wad Kecemasan namun di bawah pemantauan Jabatan Kardiologi sehinggalah kemudiannya dapat dipindahkan ke Wad Kardiologi selepas terdapat kekosongan katil.”

Tegasnya dalam kenyataan sama, semasa berada di Wad Kardiologi, pemeriksaan, pemantauan serta rawatan berkaitan adalah diteruskan oleh pasukan Jabatan Kardiologi.

Penerangan kepada pesakit dan keluarga telah dibuat oleh Pakar Perubatan yang merawat pesakit.

“Pesakit telah dijadualkan untuk menjalani prosedur bagi penyakit jantung namun situasi kesihatannya telah tidak mengizinkannya untuk menjalani prosedur tersebut.”

“Pada hari yang sama, keadaan kesihatan pesakit telah merudum secara tiba-tiba ketika berada dalam wad semasa perawatan. Pasukan Kardiologi telah berusaha menyelamatkan pesakit dengan menjalankan resusitasi namun beliau tidak dapat diselamatkan.”

Walau bagaimanapun, Pengarah Kesihatan itu memberi jaminan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara ini secara terperinci.

“Pihak JKNS bersimpati dengan perkara yang telah dilalui mendiang dan ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai mendiang.”

“Pihak hospital akan berhubung lanjut dengan pihak keluarga untuk perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes mendiang,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: