Menu Rahmah Rugikan Peniaga Melayu
KUALA LUMPUR, 24 Februari 2023 – Fahmi Bazlan, seorang peniaga menegaskan bahawa Menu Rahmah hanya merugikan para peniaga.
“…Menu Rahmah adalah menu yang sebenarnya merugikan dan menakutkan peniaga-peniaga Melayu untuk meneruskan perniagaan mereka.”
“Murah, betul. Tetapi ia tidak berbaloi untuk sebuah perniagaan yang menguntungkan,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda GTA.
BACA JUGA: Indonesia Dilanda Gempa Bumi, 6.3 Skala Richter
Menerusi platform TikTok, Fahmi mendedahkan bahawa apabila datang sentimen Menu Rahmah di Mydin sebenarnya ia mengganggu psikologi peniaga-peniaga walaupun sedikit.
BACA JUGA: Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani Jam 4 Petang Ini
“Tindakan susulan Datuk Ameer untuk mengumumkan bahawa Menu Rahmah boleh bertahan 3 bulan sahaja di Mydin cukup melegakan saya dan para peniaga di Mydin.”
“Ini yang kita mahu supaya Kerajaan sedar Menu Rahmah adalah menu yang sebenarnya merugikan dan menakutkan peniaga-peniaga Melayu untuk meneruskan perniagaan mereka,” katanya lagi.
BACA JUGA: Keadaan Palestin Semakin Tenat, Israel Tingkatkan Serangan – PM Palestin
Kata beliau lagi yang juga Ketua Pemuda BERJASA, falsafah Islam menekankan konsep ‘untung dulu baru bersedekah’.
“Menu Rahmah sebenarnya kalau kita kata ingin memberikan kepada masyarakat, kita perlu ingat, istilah dia ‘untung dulu baru bersedekah’. Jangan kita sibuk-sibuk ingin menolong orang tetapi sebenarnya kita sendiri tidak mampu untuk membina kejayaan dalam perniagaan.”
“Ini adalah pesan falsafah Islam. Kerana itulah Islam meletakkan bukan KPI perniagaan yang kita kena kejar, berapa banyak kita boleh jual, tetapi berapa banyak selepas itu kita boleh menyumbang dan bersedekah serta berzakat.”
“Inilah yang boleh memajukan perniagaan orang Melayu dan Islam,” tegas Fahmi lagi.