Tempatan

1,000 PPR Pulau Pinang Ditaja Kerajaan Pusat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 25 Jun 2023 – Kerajaan pusat akan menaja 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan miskin di Pulau Pinang.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ia merupakan sebahagian daripada pakej RM211 juta yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

BACA JUGA: Asalkan Berpakaian, Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Antarabangsa

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran

Jelasnya, rumah itu akan dibina di atas lima tapak tanah milik Kerajaan di Pulau Pinang dan Seberang Perai, dengan tapak pertama dibangunkan di Jelutong dan Kepala Batas. Kesemua 1,000 unit rumah dijangka siap dalam tempoh empat tahun akan datang.

Mengulas lanjut, kira-kira 1,000 rakyat Pulau Pinang telah berada dalam senarai menunggu selama lebih sedekad.

Turut dilaporkan, rumah tersebut akan ditawarkan pada harga RM45,000 seunit atau dengan pilihan skim sewa-ke-milik 20 tahun pada RM237 sebulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: