Tempatan

Dana SMPC Susukan Kera Di Hutan – Prof Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2021 – “Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan. Dalam apa jua keadaan ultra kiasu tetap menang. SMPC bertambah mewah dengan bantuan jutawan dan hartawan tetapi sekolah-sekolah agama kian daif,” kata Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Persoalannya, mengapa NGO ultra kiasu begitu berterus-terang sedangkan mereka tahu akan mendapat penentangan daripada NGO dan NGI (tokoh individu) yang sejak dahulu kerana kewujudannya tidak berperlembagaan dan tidak membantu membina negara bangsa yang diidamkan?

“Jawapan mudah, semakin banyak publisiti yang dia dapat, semakin banyak keuntungan yang diperoleh,” katanya.

“NGO ultra kiasu ini dengan beraninya menceritakan susur galur bagaimana usaha mereka mendapat dana peruntukan kewangan RM15 juta untuk SMPC melalui Menteri dan Timbalan Menteri ultra kiasu mereka yang berada dalam kerajaan. Diikuti sokongan daripada ultra kiasu yang lain daripada luar kerajaan.”

“Inilah strategi licik ultra kiasu daripada dahulu hingga sekarang, walaupun mereka tahu kewujudannya adalah tidak berperlembagaan.”

“Tidak cukup setakat itu, mereka tetap kebal, kerana mereka mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi dalam pilihan raya dan percaturan kuasa,” jelasnya.

Tambah pensyarah di UniSZA ini, bukan sahaja SMPC dibantu dengan mewah, malah universiti merdeka juga dibantu kerajaan.

“Tiga kolej universiti swasta NGO rasis yang sama iaitu Southern University College, New Era University College dan Han Chiang University College of Communication, masing-masing mendapat RM2 juta. Inilah universiti merdeka yang wujud dan diluluskan atas semangat satu Malaysia.”

“Kita semakin hairan atas alasan apa, institusi pendidikan rasis ini dibantu. Sudahlah SJKC dibantu sepenuhnya oleh kerajaan. Sedangkan ia tidak membantu pembinaan negara bangsa, melainkan pembinaan bangsa iaitu membina negara dalam negara,” kata Profesor Ridhuan Tee.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: