Isu Kalimah Allah: Wacana Meja Bulat KDN Hari Ini
Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 12 April 2021 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah memulakan Wacana Meja Bulat dengan badan-badan agama mengenai isu kalimah ‘Allah’.
Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari di Hotel Le Meridien, Putrajaya.
Dialog mengenai isu kalimah Allah ini diadakan sebanyak dua kali; hari ini dan selepas itu pada 16 April 2021.
Wacana Meja Bulat hari ini adalah bersama dengan cendekiawan Muslim manakala dialog pada 16 April 2021 kelak akan diadakan bersama dengan para pemimpin Kristian.
Setakat ini, 25 organisasi dan individu Muslim dan 15 Kristian telah bersetuju untuk menghadiri dialog tersebut.