Tempatan

Selepas Himpunan Tergempar NGO Islam, Menteri Agama Jumpa PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAWATI, 15 Mac 2021 – Kurang 24 jam selepas lebih 250 wakil NGO Islam menghadiri himpunan tergempar anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, hadir ke lokasi operasi pejabat PEMBELA bersama beberapa pegawai.

Perjumpaan adalah bagi tujuan mendapatkan maklum balas dari PEMBELA mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan untuk diambil kira sebagai input-input bagi merumuskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di dalam menyelesaikan kemelut isu Kalimah Allah.

PEMBELA yang diketuai Tn Hj Aminuddin Yahya, turut ditemani pasukan kepimpinan tertinggi PEMBELA dan ketua-ketua kluster jawatankuasa PEMBELA.

PEMBELA di dalam kesempatan pertemuan tersebut meminta komitmen Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) supaya meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan pihak mereka iaitu:

“1. Mengadakan Komiti Persefahaman NGO Islam (KPNI) antara Kementerian dan Pembela (yang mewakili NGO Islam).

2. Menyemak semua peruntukan undang-undang di persekutuan dan negeri bagi meminda apa-apa fasa yang penting bagi menjamin keabsahan Islam.

3. Kementerian membuat penjelasan atau kenyataan umum (public statement) tentang isu Kalimah Allah.

4. Memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaik taraf selaras dengan Mahkamah Sivil.

5. Pastikan penyelarasan semua undang-undang berkenaan dibuat antara Negeri dan Pusat.

6. Agensi Agama Pusat mesti ambil kira fatwa-fatwa negeri sebelum membuat apa-apa kenyataan, dasar atau pendekatan berkaitan agama.

7. Mesti mewujudkan badan yang memberi fokus kepada tindakan-tindakan dan perancangan agresif pihak-pihak yang mensasarkan kedudukan Islam untuk dilemahkan di Malaysia.

8. Kementerian mesti bekerjasama erat dengan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) dalam pembentukan kerjasama strategik untuk memastikan isu-isu seperti ini dapat ditangani secara strategik.

9. Kementerian mesti membuka pintu ruang dialog dalam kekerapan tertentu dengan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) supaya mendapat maklum balas lebih tepat dan pantas dari penggerak-penggerak di lapangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: