Kalimah Allah Tercetak Di Selimut Jenama Sukan Terkenal
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 07 Februari 2022 – Seorang pembeli di sebuah kedai peralatan sukan terkejut selepas menyedari selimut yang dibelinya bercetak kalimah Allah.
Menurut Pak Lang Botuck, kalimah Allah itu tercetak di bahagian belakang selimut keluaran syarikat sukan terkenal dan perkara itu disedarinya selepas sebulan selimut itu dibeli.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
“Siapa ada beli ground dekat D** hati-hati ya tuan puan…ramai orang tak sedar…saya sedar pun dah sebulan beli…kalimah Allah dipijak-pijak je…subhanallah…satu ground ada tapi jarak jauh-jauh.”
“Ground kecil saya tak pasti ada ke tak…yang pasti ground besar ada tulisan tu…,” adu beliau.
Menjengah ke ruangan komen Facebooknya , rata-rata pembeli juga baru menyedari kewujudan kalimah suci itu selepas perkongsian tersebut.
“Baru cek…saya punya pun ada,” kata Hasyim Nara.
“Saya pun ada..saya nak pergi tukar…nak tengok boleh ke tak kalau tak ada resit,” ujar Nyimie Jihu pula.
Pak Lang Botuck juga berkongsikan tangkap layar netizen dengan pihak syarikat sukan terkenal itu mengenai perkara ini.
Pihak syarikat bersetuju untuk menerima kembali barangan tersebut dan memulangkan wang pembeli.
“Jangan terlalu seronok sampai tak sedar mempersendakn agama sendiri..Kiamat sudah dekat,mustahil makin jauh,” kata Pak Lang Botuck lagi.