Tempatan

Raja Kami Kata Kami Orang Melayu – Pu’uhonua D.K.B. Kanahele

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 –Wakil delegasi dari Hawaii, Pu’uhonua D.K.B. Kanahele menegaskan, raja Hawaii pernah menyatakan bahawa bangsa mereka juga merupakan sebahagian daripada bangsa Melayu.

“Raja kami menyatakan bahawa kami adalah sebahagian daripada Melayu. Bukan raja di sini (Malaysia) yang menyatakannya, tetapi raja kami sendiri.”

Malah, menurutnya, orang Hawaii juga merupakan bangsa samudera sama seperti bangsa Melayu.

“Bangsa Hawaii juga adalah bangsa samudera. Kami tahu segenap sudut yang perlu diketahui oleh pelaut.”

Berkata lanjut, Pu’uhonua D.K.B. Kanahele sangat bersetuju bahawa keturunan bangsa Melayu berada di serata dunia.

“Jadi saya bersetuju bahawa keturunan bangsa Melayu berada di serata dunia,” ujarnya sewaktu memberi komen mengenai Hari Temasya Peradaban Bangsa Melayu yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Stadium KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button