NGO

Dalam Kepala Otak Politikus Melayu, Tidak Mengapa Untuk Abaikan Tahfiz – Aminuddin Yahaya PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 Oktober 2021 – “Apakah kerajaan ‘rileks’ dengan anggapan jika abaikan umat Islam, abaikan tahfiz maka orang Melayu dan umat Islam akan terus mengundi mereka sebagai ‘fixed deposit‘? Tidak mustahil, kerana memang itu mindset yang biasa ada dalam kepala otak politikus-politikus Melayu kita yang serba selesa.”

Demikian kenyataan Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya dalam isu peruntukan RM15 juta untuk sekolah persendirian Cina di saat jumlah tahfiz ditutup bakal bertambah kerana pandemik.

Soal Aminuddin, “Apakah layanan istimewa sebagaimana diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian UEC tidak diberikan kepada pusat-pusat tahfiz adalah kerana tiada keuntungan politik?”

Katanya lagi, hujah utama mengapa RM15 juta diperuntukkan kepada sekolah UEC, adalah kononnya mereka sedang ‘nazak’ kerana kegawatan ekonomi dan pandemik.

Akan tetapi, “Pusat-pusat tahfiz pun terkesan juga. Malah, banyak pusat-pusat tahfiz yang terpaksa gulung tikar. Sekolah UEC? Tiada pun yang kena gulung tikar. Ditatang bagai minyak yang penuh.”

“Katanya kos operasi bulanan sekolah-sekolah UEC adalah tinggi, sebab itu terdesak perlukan duit. Mana taknya, hampir setiap bilik (bukan bilik kelas sahaja) ada ‘aircond‘ dan ditambah lagi dengan binaan-binaan serba mewah di sekolah UEC.”

“Manakala pusat-pusat tahfiz? Kedaifan mereka sejak puluhan tahun, seperti tiada perubahan pun. Apatah lagi peruntukan khas RM15 juta,” tegas Pengerusi PEMBELA itu.

Ujarnya lagi, Islam terus terancam. Kali ini, ditambah pula dengan kerakusan pemimpin beragama Islam itu sendiri.

Pada 23 September, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa peruntukan RM15 juta akan disediakan untuk 63 sekolah persendirian Cina, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, tidak lama selepas laporan berita yang mendedahkan 30 peratus daripada 160 Maahad Tahfiz swasta di Pahang bakal ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi akibat Covid-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: