Tempatan

Kalimah Allah Diguna Bukan Islam Boleh Timbulkan Perbalahan – Sultan Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

JOHOR BAHRU, 18 Mac 2021 – Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dalam titah baginda menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.

Titah baginda dalam kenyataan rasmi menerusi laman rasmi Facebook The Royal Johor hari ini, “Apabila timbul kembali isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada tuhan yang lain daripada maksud yang sebenar, saya merasa amat dukacita kerana perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.”

Menurut baginda, soal sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama mestilah diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman.

“Adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman kerana isu-isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor khususnya apabila isu tersebut berkait rapat di dalam ruang sempadan agama Islam.”

Oleh yang demikian, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar menitahkan agar rayuan prosiding oleh Kerajaan Persekutuan diteruskan dan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan sewajarnya menyokong usaha rayuan ini.

“Selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini. Malah, saya akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: