Tempatan

Culik: Ejen Kosmetik Ditemui Selamat, 7 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 – Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah, 36, yang diculik dan dilarikan ke Thailand berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia semalam.

“Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand. Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara tersebut dan telah dibawa pulang ke 29 September 2022,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani dalam satu kenyataan media semalam.

Selain itu, tujuh (7) orang suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Turut dirampas adalah sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Pada 14 September baru-baru ini, tular di media media sosial rakaman CCTV menunjukkan Rosnazirah diheret keluar dari rumahnya oleh sekumpulan lelaki sebelum dibawa ke Thailand.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menegaskan bahawa perselisihan di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: