Yasin Sulaiman Syukur Terlepas Hukuman Gantung
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 06 Julai – Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram di Mahkamah Majistret hari ini.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret.
Dalam pada itu, ahli keluarganya turut menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Majistret.
“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini.”
Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk Yasin dituduh semula bagi pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi kesalahan itu, hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan boleh dikenakan jika sabit kesalahan.