Tempatan

Isu Jualan Hutan Simpan Di Selangor, Otai Reformis Persoal Anwar Kunci Mulut?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 – Tatkala isu jualan hutan simpan di Selangor menjadi pertikaian masyarakat, sebuah NGO yang dikaitkan dengan PKR, Otai Reformis 1998, mempersoalkan tindakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, Anwar pernah satu ketika mengutuk dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroni-kroni mereka yang ‘membelasah’ hutan balak dan mengaut kekayaan dari aktiviti pembalakan dalam kempen-kempen ceramah politiknya.

Namun, mengapa kini Anwar dan seluruh pemimpin kanan PKR umpama “bisu” dalam isu ini, termasuk yang baru didedahkan media di Bukit Lagong?

“Sekarang rakyat sedang menunggu Anwar bersuara lantang menegur Kerajaan Selangor yang sedang dalam mode ‘mengila’ membelasah hutan-hutan simpan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

“PKR dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain harus berani bertindak dengan ‘mengambil tindakan politik’ untuk memberhentikan pembalunan hutan yang tidak terkawal ini,” kata Razak dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, Kerajaan Selangor umpama sudah hilang kawalan sebagai ombudsman atau penjaga hutan simpan.

Oleh itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa segera mewujudkan jawatankuasa inkuari bagi menyiasat apa yang dinamakan sebagai “pembelasahan” dan “pembalunan” hutan simpan di Selangor.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan Hutan Simpan Bukit Lagong kini dijual pada harga RM150,000 seekar dan didakwa bakal digondol dengan lebih luas untuk projek kuari.

Siasatan lanjut juga mendedahkan, tiga pemaju berkenaan mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Dua daripadanya adalah GLC milik penuh kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

Pemaju ketiga ialah Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Berhad, yang keanggotaannya terbuka kepada kakitangan atau pesara Jabatan Perhutanan Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: