Tempatan

Latihan Pertahanan Negara, Pesawat Terbang Rendah Hari Ini -TUDM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengeluarkan kenyataan media pemakluman pesawat terbang rendah bermula hari ini, yang bertujuan menguji serta memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara Malaysia.

Latihan Tactical Operation (TACOP) oleh TUDM yang bermula 30 September, dilaksanakan selama sembilan hari sehingga Sabtu, 08 Oktober 2022.

Sepanjang dijalankan, pesawat-pesawat milik TUDM akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan sekitar Daerah Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan W.P Labuan.

Menjelaskan lebih lanjut di kenyataan media, TUDM memaklumkan bahawa pelaksanaan latihan yang bertujuan menguji serta memastikan tahap kesiagaan anak kapal angkatan tentera Malaysia itu dapat disaksikan di beberapa kawasan yang telah dinyatakan di atas.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: