Tempatan

Empat Polis Dilibas Pesakit Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUMPAT, 15 Februari 2022 – Empat anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, cedera dilibas seorang lelaki menggunakan parang dan kerambit di Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan beberapa hari lalu.

Dalam kejadian tersebut, dua daripada mangsa mengalami kecederaan ringan di belakang badan dan tangan, manakala seorang mangsa menerima lapan jahitan di lengan kanan dan seorang lagi mangsa mengalami luka sepanjang 9cm di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Mohd Azmir Damiri memaklumkan,

“Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan mengenai amukan seorang lelaki yang dipercayai mengalami sakit mental.”

“Suspek bertindak agresif semasa proses tangkapan dibuat dan sedikit pergelutan berlaku. Suspek tersebut yang juga berada di bawah pengaruh dadah melibas semua mangsa hingga menyebabkan beberapa kecederaan,” tambahnya.

Lelaki itu berjaya ditahan pihak polis dan mereka telah merampas sebilah parang berukuran 0.6m serta sebilah kerambit 7cm, kata Azmir.

Suspek yang memiliki kad pesakit mental itu juga didapati positif dadah jenis Methampethamine setelah ujian saringan air kencing dibuat.

Azmir memaklumkan suspek direman selama empat hari bermula Ahad baru-baru ini untuk memudahkan proses siasatan yang akan dijalankan mengikut Seksyen 353 KK serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: