Tempatan

Rakyat Malaysia Parah Ditembak 3 Kali Di Yala

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 14 Februari 2023 – Seorang rakyat Malaysia berusia 55 tahun cedera parah setelah ditembak sebanyak tiga kali di bandar Betong, Wilayah Yala, Thailand, pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim, mangsa ditembak oleh penyerang tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Jalan Chantharothai pada pukul 9 malam (waktu Thailand).

Susulan kejadian, mangsa yang cedera parah di perut dan peha dibawa ke hospital di Betong bagi rawatan lanjut.

BACA JUGA: Rejim Zionis Beli Pulau Di Bahrain, Aktivis Label Tindakan Bahaya

BACA JUGA: Air Laut Cetek, Feri Ke Pulau Langkawi Akan Dihentikan Sementara

BACA JUGA: Pemain Hina Melayu Islam, BAM Gesa CBA Ambil Tindakan

Ujar Deputi Superintendan Zulkepli, suspek dipercayai warga Thailand, melarikan diri dari tempat kejadian dan polis sedang menggiatkan usaha untuk mengenal pasti dan mengesannya.

Kata beliau lagi, mangsa telah bertahun-tahun sering keluar masuk ke Betong dari Pengkalan Hulu kerana mempunyai isteri warga Thailand, selain mempunyai perniagaan hiburan di pekan Betong.

Selain itu, mangsa mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah di Malaysia.

Kes bagaimanapun tidak disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya disiasat oleh Polis Thailand dan pihak berkuasa negara itu masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek selain bagi mengenal pasti motif serangan.

“Siasatan sama ada motif kejadian berunsurkan perbalahan peribadi atau sebaliknya perbalahan berkaitan perniagaan,” kata Deputi Superintendan Zulkepli.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: