Atasi Ketagihan Dadah, Switzerland Pertimbang Edar Kokain
SWITZERLAND, 22 JUN 2024 – Switzerland kini sedang mempertimbangkan untuk memulakan sebuah program eksperimen dengan mengedarkan dadah kokain dalam kalangan penagih dadah di negara tersebut dengan tujuan untuk mengatasi masalah ketagihan.
Seruan bagi tindakan tersebut dilakukan telah dibuat oleh golongan hak kemanusiaan serta para pakar bidang sejak dahulu dan kini suruhanjaya berkenaan, Switzerland’s Federal Commission for Addiction and Prevention of Non-Communicable Diseases (EKSN) telah mempertimbangkannya.
Christian Schneider, Timbalan Presiden EKSN telah membuat kenyataan mengenai perkara ini dengan mengatakan bahawa mereka yang menagih dadah tersebut beberapa kali sehari telah terperangkap dalam lingkaran perolehan dan penggunaan.
Ujarnya lagi, “Kami kini sekurang-kurangnya mencadangkan untuk kokain tersebut dapat diberikan kepada penagih tegar agar mereka dapat keluar daripada lingkaran ini dan dapat pulih”.
Suruhanjaya tersebut kini sedang mempertimbangkan penubuhan pasukan khas untuk melawat para penagih dan memberikan mereka bantuan perubatan dan lain-lain bantuan.
Pihak yang sama juga sedang mempertimbangkan untuk mengedarkan kokain, ataupun pengganti bagi dadah tersebut iaitu methadone.
Namun pertimbangan tersebut turut mendapat kritikan oleh beberapa pakar perubatan yang berhujah bahawa tiada sebarang kajian yang bersifat kukuh yang dapat menjadi justifikasi terhadap program sedemikian.