Tempatan

Penjara Malaysia Melebih Kapasiti Asal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2023 – Kesesakan penjara seluruh negara kini melebihi kapasiti asal sebanyak 62,000 banduan, iaitu 72,495 banduan dan lebih 50 peratus daripadanya adalah banduan kesalahan dadah.

Pengerusi Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (Pemaaf), Mohd. Shahirul Khalid Mohamad berkata, hal ini secara langsung menyumbang peningkatan kos Kerajaan untuk mengurus penghuni di 46 buah penjara di seluruh negara.

BACA JUGA: Jerebu: Bilangan Untuk Dapatkan Rawatan Masalah Pernafasan Meningkat

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

Katanya, perkara ini perlu ditangani dengan mengutamakan rawatan berbanding mengenakan hukuman penjara yang dilihat masih kurang berkesan untuk menangani masalah pengambilan dadah sejak dahulu.

“Kita tidak boleh lagi melihat masalah dadah sebagai satu hukuman semata-mata, sebaliknya perlu diberikan rawatan berkesan kerana ini melibatkan soal dalaman seseorang individu yang hendak diatasi dengan program pemulihan.”

Katanya, kebanyakan bekas pesalah dadah yang pernah menjalani hukuman mengulang perbuatan sama dan menyebabkan mereka kembali ke penjara.

“Jika tidak dirawat bekas banduan dadah kembali menagih dan jika ditangkap, kemudian dikenakan hukuman penjara dan akhirnya isu kesesakan banduan sampai bila tidak akan selesai.”

“Mereka meringkuk di penjara untuk tempoh tertentu setelah disabitkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Akta Dadah Berbahaya 1952 termasuk melibatkan dalam kalangan penagih yang mengambil bahan terlarang itu walaupun dalam kuantiti kecil.”

Justeru, beliau mencadangkan penagih dadah ditempatkan di institusi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau rawatan pemulihan komuniti berbanding hukuman penjara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: