Tempatan

Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Julai 2023 – Malaysia mencatatkan tahap membimbangkan apabila 1,097,408 rakyat terjerumus dalam kancah najis dadah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih menyedihkan, kira-kira 328,640 daripada jumlah tersebut adalah individu berumur 15 hingga 29 tahun.

Manakala, seramai 1,051,712 adalah penagih dadah lelaki dan 45,696 lagi adalah penagih wanita, ujar Ahmad Zahid.

BACA JUGA: Scam Facebook, Instagram Undang Kerugian Lebih RM300 Juta

BACA JUGA: Jemaah Haji Malaysia Diiktiraf Paling Berdisiplin

BACA JUGA: Kenyataan Berbaur 3R, Guan Eng & Hadi Disiasat Bukit Aman – Timbalan Pengarah CID

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 menunjukkan enam daripada setiap 100 belia mengaku pernah mengambil dadah manakala empat lagi mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

Lantaran itu, katanya, “Saya memberi tempoh selama tiga bulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mengusahakan koordinasi di antara beberapa agensi yang berkaitan untuk merangka, menyusun inisiatif atau program yang efektif dan bermanfaat.”

Langkah ini diambil bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan selain mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada, jelas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: