Tempatan

Buruh Goyang Gari, Takutkan Pemandu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2022 – Seorang lelaki berusia 30-an yang bekerja sebagai buruh ditahan polis apabila dia bertindak menyamar dan mengaku sebagai seorang anggota polis dengan menghantar rakaman video menggoyangkan gari dengan niat untuk menakutkan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais di mana suspek ditahan polis kira kira jam 10 pagi di Jalan Bertam 2, Kepala Batas di Seberang Perai.

Menurut beliau, suspek dipercayai merakam video tersebut dengan niat untuk menakutkan mangsa yang bekerja sebagai peniaga.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai merakam video berkenaan dengan niat untuk menakut-nakutkan serta meminta mangsa yang berusia 32 tahun menghormati dia yang kononnya seorang anggota polis.”

Tindakan itu dilakukan selepas dipercayai suspek dan mangsa mempunyai masalah berkaitan isu rumah sewa sebelum ini.

Hasil tangkapan, polis merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman serta sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. Seksyen memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.”

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya,”ujar beliau.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyamar menjadi penjawat awam kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: