Tempatan

Boikot Ayam Kartel 7 Hari – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 23 Mei 2022 – “Ingat! hari ini kita boikot, jangan beli selama 7 hari, kita pastikan ayam-ayam kartel ini, busuk dan terus busuk sehingga mereka akur, dengar suara rakyat!”

“Kita buktikan pada kartel-kartel ini jangan biadap dan jangan sesekali nak ugut-ugut sesiapa pun.”

Kenyataan tegas itu dikeluarkan oleh Pengerusi Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari dalam satu hantaran video melalui laman Facebook rasmi miliknya pada beberapa hari yang lalu.

Ia berikutan daripada isu yang semakin tular di media sosial pada ketika ini mengenai stok ayam yang semakin berkurangan di pasaran dan sukar diperoleh orang ramai.

Beliau yang tidak berpuas hati mengenai hal itu berkata, penternak-penternak ayam ini sudah sangat biadap apabila mereka mula berani menggugut kerajaan. Perkara itu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada rakyat dan tindakan mereka itu sangat mendesak kita sebagai rakyat untuk melakukan sesuatu.

“Mereka ingat mereka boleh sesuka hati menaikkan harga, kita nak tunjukkan kepada mereka, ayam mereka akan busuk!”

“Simpan la sampai bila pun, busuk dan jangan beli pun satu. Dan jika anda perlukan juga ayam, anda cari peniaga-peniaga Muslim,” tegas beliau.

Pengerusi Kebajikan Amal Sejagat Malaysia itu menyeru kepada orang ramai untuk bersatu hati dan menyebarkan video rakaman beliau bagi memastikan kumpulan-kumpulan kartel ini goyang.

“Anda tutuplah ladang, kita akan boikot ayam-ayam anda. Ingat semua! Bersama Cikgu Izzat Johari, BMF selamanya, kita cakap kita buat, Allahu Akbar,” tegas beliau sekaligus mengakhiri video rakaman tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: