Tempatan

Buku Tulis Sekolah Mahal Dan Membebankan – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2022 – Kenaikan mendadak harga buku tulis hanya kerana bagi menunjukkan imej korporat sekolah masing-masing, menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari.

Memetik contoh kenaikan buku mencecah RM1.20 daripada harga biasa RM0.50 kerana telah dihiaskan dengan ilustrasi, Cikgu Izzat berkata, “Harganya agak tidak munasabah kerana semata-mata mahu menunjukkan imej korporat sekolah, harganya dua kali ganda daripada dijual sedia ada.”

Beliau mencadangkan supaya penyelarasan dibuat agar keseluruhannya cuma menggunakan wajah korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjimatkan kos dan mengurangkan bebanan keluarga pelajar, sekiranya masih mahu kekal dengan keputusan menerbitkan buku latihan edisi korporat ini.

“Mungkin boleh dijimatkan dan menjadikan buku tulis tersebut berharga sekitar 60sen-80sen sahaja.”

Ujarnya, beliau memahami, ada sekolah yang memang berkemampuan tetapi harus diingatkan bahawa sekolah di pedalaman tidak mampu menyediakan ‘keistimewaan’ seperti ini juga wujud.

“Tiada niat menyalahkan mana-mana pihak tetapi sebaiknya, diselaraskan untuk memastikan harga tidak terlalu membebankan murid. Itu sahaja. Harap, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mempertimbangkan cadangan ini.”

Leave a Reply

Back to top button