Azam Baki: Pembangkang Licik Cari Jalan Serang Agong – CIJ
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 17 Januari 2022 – “Perkara ini jelas, keberadaan pembangkang selagi boleh nak menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan mereka akan gunakan pelbagai sumber sebenarnya untuk menjayakan misi mereka demi menghapuskan Sistem Beraja di negara ini secepat yang mungkin,” ujar Naib Pengerusi PEMBELA Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.
Menurutnya, mereka juga tahu bahawa YDPA dinasihati dan juga disarankan untuk melantik sesiapa yang YDPA perlu untuk dilantik.
Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu keputusan yang dibuat sesuka hati seperti dakwaan pembangkang yang kononya nak tuduh YDPA ini pro-rasuah dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menghina Institusi Raja di Malaysia.
“Jadi jelas menunjukkan pembangkang licik mencari jalan untuk menghina YDP Agong sebenarnya.”
Beliau yang lebih dikenali sebagai CIJ (Cikgu Izzat Johari) berkata, mereka pernah menjadi kerajaan dan mereka tahu SOP ataupun kaedah pelantikan – mengenai siapa yang menasihati dan siapa yang mencadang, siapa yang membentang nama-nama untuk dipersetujui dan dilantik oleh YDPA.
“Jadi pembangkang jelas menunjukkan niat untuk menghina YDP Agong sebenarnya dengan menuduh dan mengaitkan bahawa YDPA sebagai pro-rasuah,” tegas beliau.
Beliau berkata, isu yang ditimbulkan dengan persoalan ‘jika tidak pecat’ ini seolah-olah cuba menjerat kedudukan YDPA sekali gus cuba menjalankan misi mereka untuk menghapuskan Institusi Raja di negara ini.
“Ini adalah kesempatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat selain sedaya upaya cuba menyemai kepada rakyat untuk membenci Institusi Raja di negara ini dengan peluang yang sedang terhidang di depan mata mereka,” ujarnya.
Menurut Cikgu Izzat Johari lagi, secara teknikal dan hierarkinya sebagai kakitangan kerajaan bermakna Tan Sri Azam Baki mendapat lantikan daripada YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
Beliau meneruskan lagi, jawatan Perdana Menteri itu sendiri adalah lantikan daripada YDPA selain daripada semua jawatan-jawatan menteri, dan ada daripada kalangan pembangkang juga menjawat jawatan atas pelantikan YDPA.
Jadi tidak patut timbul lagi sebarang isu berkaitan yang menyusahkan YDPA berhubung pelantikan tersebut, tegas beliau lagi.
Oleh itu, Cikgu Izzat Johari berpendapat, Tan Sri Azam Baki perlu membuat satu keputusan sendiri untuk samada terus kekal dengan jawatan tersebut walaupun dalam keadaan siasatan atau pun mengambil satu tanggungjawab sebagai satu amanah untuk melepaskan terlebih dahulu jawatan tersebut sehingga habis siasatan.
“Jika beliau yakin dan terbukti tidak bersalah, Insya Allah beliau boleh dilantik semula untuk memegang jawatan diperingkat tertinggi SPRM dan sebagainya dan perkara ini juga jelas.”
“Jadi Tan Sri Azam Baki boleh membuat satu keputusan yang bijak jika beliau menghormati YDPA,” ujar Cikgu Izzat Johari mengakhiri kenyataannya.