Tempatan

Pelaku Belasah Pengawal Peribadi Seorang Yang Biadab – Cikgu Izzat

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 April 2021 – “Kita memuji dengan kerja cepat PDRM dalam menahan suspek. Walau bagaimanapun, kita hairan, bagaimana dua anggota polis boleh membenarkan suspek membuat permohonan maaf?” soal Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Izzat Johari apabila ditanya mengenai isu permohonan maaf majikan yang membelasah dua orang pengawal peribadinya kerana berpuasa.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Izzat ini berkata, pelaku jelas bersikap biadab apabila memohon maaf dalam bahasa Mandarin, bukan dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.

Permohonan maaf ini menurut Cikgu Izzat merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

“Suspek telah mengeluarkan kenyataan maaf dalam bahasa Cina. Satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.”

“Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan diperkuat lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Majikan tersebut telah menyakiti hati orang-orang Islam negara ini namun dia membuat permohonan maaf bukan dalam bahasa kebangsaan. Memang nampak sengaja dan jelas sikap biadab suspek ini.”

Berikutan perkara ini, Cikgu Izzat yang juga merupakan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan, rakyat boleh mengusulkan kepada kerajaan untuk melucutkan kerakyatan mereka yang gagal berbahasa kebangsaan walaupun telah lama bergelar warganegara.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berundur.

“Sudah tiba masanya kerajaan sedia ada berundur. Sepatutnya, kerajaan yang sedia ada memandang serius setiap permasalahan yang melibatkan penghinaan kepada agama Islam, terutamanya. Tetapi, kerana lemahnya pemimpin Melayu Islam kita sendiri yang tidak serius dalam mempertahankan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri menyebabkan orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam negara ini suka memprovokasi umat Melayu Islam dalam negara ini.”

Sabtu lalu, media melaporkan majikan lelaki berusia 43 tahun itu memohon maaf ketika dibawa dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Namun, permohonan itu dibuat dalam bahasa Mandarin, bukan bahasa Melayu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button