Tempatan

Pukul Polis. Tokong Atas Tanah Haram? – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 September 2021 – “Kita merasa sangsi dengan tindakan agresif pihak tokong yang cuba mempertahankan status tanah tokong, kalau pun sah di sisi undang-undang mengapa perlu memberontak? Kemungkinan benar berstatus tanah haram?” ujar Naib Pengerusi PEMBELA Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Soalnya, kenapa kumpulan terbabit secara tiba-tiba mempertahankan dengan bersungguh-sungguh jika tanah tokong itu sah di sisi undang-undang.

“Kita tidak tahu maklumat yang tepat soal mengapa pihak tokong begitu cemas dan bertindak agresif sehingga menyerang anggota polis yang bertugas sedangkan menurut kenyataan pihak polis isunya cuma mahu membesarkan jalan.”

“Kalau sah, keluarkan sahaja dokumen yang berkaitan untuk membuktikan kesahihannya sebagai bukti pengesahan, boleh sahaja berbincang secara aman.”

Ujarnya lagi, Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) perlu segera mengesahkan status tanah tokong terbabit adakah benar-benar pencerobohan haram atau sah di sisi undang-undang.

“Kita minta Jabatan Tanah Negeri turut sahkan apa yang dikatakan melalui kenyataan polis semalam bahawa tiada kaitan pasal sita tanah atau perkaitannya dengan pencerobohan tanah jika benar perkara ini sah di sisi undang-undang.”

“Bila kita dapat maklumat tanah tersebut telah disita atas sebab nak dibuat jalan dan sebagainya, kita tidak ada masalah jika pihak tokong terbabit cuba berdemonstrasi hendak pertahankan tanah tokong terbabit. Itupun jika ianya sah mengikut Perlembagaan.”

Bagaimanapun, apa yang lebih menghairankan adalah pihak polis mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba menutup bangkai gajah.

“Secara logiknyalah kalau nak dibuat jalan atau nak buat benteng jalan sekalipun, kenapa menggunakan jentolak sahaja?”

“Tolonglah jangan memperbodohkan rakyat dan jangan menganggap rakyat bodoh. Ini soal keselamatan barisan hadapan.”

Berikutan itu, beliau mahu pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) dan Jabatan Tanah Negara (JTN) segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan segera bagi menafikan isu tanah yang cuba disita atau apa sebenarnya yang berlaku di kawasan tokong berkenaan sehingga kumpulan terbabit sanggup bertindak liar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: