Tempatan

Golongan Kayangan Persenda Usaha Boikot Kartel Ayam – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 – “Ada golongan yang kita boleh panggil bangsawan dan kayangan ini cuba memperkecilkan usaha kita untuk memberi signal boikot kepada kartel,” tegas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Haji Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurutnya, hal ini sekaligus telah menjawab siapakah mereka ini kerana mempersendakan usaha kita rakyat marhaen yang ingin memberi signal dan menyokong kerajaan kerana kerajaan telah diugut oleh kartel-kartel ini.

“Hal inilah sekaligus memperlihatkan penglibatan kartel-kartel ini bukan sekadar penternak ataupun penjual ayam sebenarnya,” ujar beliau.

Jelasnya, kartel ini adalah dari peringkat atasan, orang-orang kayangan yang kita nampak mereka memandang hina kepada marhaen untuk menerima apa sahaja yang berlaku kepada isu ayam.

Beliau berkata, isu ayam ini telah dan lebih 64 tahun bermasalah tak pernah selesai dan siapa yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini ialah mereka yang berada di tampuk kerajaan di mana yang kita sedia maklum kerajaan sedia ada sekarang ini dah bercampur aduk dengan golongan kerajaan yang ingin bekerja untuk rakyat dan yang ingin menangguk di air yang keruh.

“Jadi isu ayam ini sekaligus membuktikan bahawa terdapat golongan kayangan yang tidak langsung mempedulikan masalah rakyat malah menempelak rakyat yang mahu memberi signal dan juga mahu bersama-sama kerajaan untuk kita membetulkan semula apa yang telah salah.”

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari berkata, isu ayam ini adalah berkaitan dengan isu supply chain atau isu rantaian pembekalan.

“Apabila ia melibatkan rantaian isu pembekalan pemakanan, isu pembekalan anak ayam, isu proses makanan dan juga proses pemborongan, proses pengedaran, proses penjualan dan akhirnya supply chain ini lengkap apabila ada rakyat yang membeli.”

Bayangkan, jika rakyat tidak membeli dalam tempoh-tempoh tertentu supply chain ini akan rosak dan ini yang kita nak sampaikan kepada kartel-kartel ini supaya tidak sombong dan angkuh.

Malah, kita mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan kepada kartel-kartel ayam ini yang telah menonjolkan diri mendesak dan menggugut kerajaan untuk mendapatkan bantuan.

Fikirkanlah, setiap tahun merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri, kerajaan terpaksa menanggung kos hampir RM400 ke RM700 juta kepada kartel-kartel ini.

Persoalannya, kenapa perlu ada tanggungan subsidi pula? Sebab itu, kita nak pastikan semua orang berperanan.

Menurut Cikgu Izzat lagi, antaranya, carilah pengkaji-pengkaji di bahagian pertanian penternakan membuat R&D untuk menghasilkan makanan ayam, alternatif kepada makanan-makanan ayam. Termasuk juga penetasan telur-telur ayam dan kajian-kajian itu dikeluarkan daripada pihak-pihak sepatutnya sebagai contoh daripada UKM, UPM.

Tegasnya, kajian-kajian ini perlu diangkat dan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik. Jangan sekadar teori jadi sebuah buku yang disimpan di arkib pula.

“Kita nak kerajaan Malaysia aktif dan membuat inovasi tetapi bukannya membuat kebergantungan,” ujarnya.

“Jika tidak, percayalah, sampai mati pun kerajaan kena bagi subsidi kepada kartel ini dan apabila kartel ataupun kayangan-kayangan ini berjaya mereka dengan angkuh mengatakan mereka hebat dan ini yang akhirnya rakyat tersepit,” katanya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: