Antarabangsa

Israel Lancarkan Serangan Bom Di Syria Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DAMSYIK, 16 April 2022 – Israel telah membuat beberapa serangan bom peluru berpandu di persisiran barat Damsyik, ibu negara Syria pada hari Khamis yang lalu.

Pihak tentera Syria mendakwa mereka telah berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu sebelum ianya sampai ke sasaran.

BACA: Perangai Macam Inilah Sebabkan Kaum Tiong Hua Benci & Dibenci Kaum Lain – Apek Cina

BACA: Di Ambang Perang Bosnia Kedua?

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

Serangan kali ini cuma mendatangkan kerosakan pada fasiliti fizikal, menurut sumber berita kerajaan Syria, tanpa memberi perincian tentang kerosakan yang telah berlaku.

Israel telah berkali-kali membuat serangan terhadap Syria, kononnya disasarkan kepada pasukan tentera Hezbollah yang dikatakan mendapat sokongan kuat daripada Iran selama lebih sedekad ini bagi menyokong pihak Presiden Bashar al-Assad dalam peperangan saudara di Syria.

Pihak Israel enggan untuk memberi respon mengenai perkara ini sewaktu diwawancara oleh Reuters.

Pada bulan Mac lalu, serangan Israel ke atas Damsyik telah mengakibatkan kematian dua orang awam dan beberapa kerosakan di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: