Antarabangsa

‘Orang Kampung’ Baling Batu Halang Konvoi Tentera AS Di Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 17 November 2022 – Agensi berita rasmi Syria SANA, melaporkan konvoi kenderaan berperisai AS terpaksa berpusing dan kembali ke arah asalnya selepas penduduk tempatan sebuah kampung di wilayah Hasakah di timur laut Syria dengan kerjasama tentera kerajaan menghalang daripada terus mara melalui kampung mereka pada hari Rabu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa penduduk kampung turut membantu tentera Syria mengusir konvoi tersebut dengan membaling batu ke arah konvoi tentera AS dan melaungkan slogan sebagai mengutuk pendudukan tentera AS. Namun demikian tiada laporan berkaitan kematian semasa konfrontasi.

Perkembangan ini berikutan selepas tentera AS yang bekerjasama dengan militan pimpinan Kurdish yang dikenali sebagai Pasukan Demokratik Syria (SDF) menyeludup minyak mentah dari wilayah Jazira Syria di wilayah Hasakah ke pangkalan di negara jiran dengan menggunakan 76 kapal tangki.

Pentagon mendakwa bahawa penempatan tentera AS bersama asetnya di timur laut Syria adalah bertujuan untuk menghalang medan minyak di kawasan itu daripada jatuh ke tangan pengganas Daesh.

Walau bagaimanapun, Damsyik menegaskan, penempatan itu adalah bertujuan untuk merompak sumber asli negara itu. Bekas Presiden AS Donald Trump turut beberapa kali mengakui bahawa tentera AS berada di negara Arab hanya untuk kekayaan minyaknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: