Antarabangsa

Erdogan Bakal Bertemu Asad Demi Keamanan Serantau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ANKARA, 08 Januari 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kemungkinan akan bertemu dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi memupuk keamanan serantau.

Erdogan menjangka sedemikian selepas ketua pertahanan Rusia, Turki dan Syria mengadakan perbincangan pada minggu lalu, sekali gus mengatakan bahawa menteri luar tiga negara itu juga dijangka berkumpul tidak lama lagi.

BACA JUGA: Rusia Jadi Pendamai Hubungan Turki-Syria

BACA JUGA: 5 Juta Kanak-Kanak Syria Lahir Semasa Perang

BACA JUGA: Kabel Dicuri Punca Banyak Lampu Jalan MRR2 Tidak Menyala

“Selepas itu kita mungkin bertemu sebagai pemimpin Rusia, Turki dan Syria, bergantung kepada perkembangan. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” ujar Erdogan.

Sehubungan itu, Mensur Akgun, seorang profesor hubungan antarabangsa berkata, pendekatan Ankara terhadap al-Assad ini adalah disebabkan perubahan besar dalam dinamik rantau berkenaan berbanding 11 tahun lalu apabila hubungan rasmi kedua-dua negara terputus.

Mensur juga percaya bahawa Rusia memainkan peranan penting dalam memulakan perbincangan antara dua negara ini.

“Hasil hubungan istimewa Turki dengan Rusia, Moscow telah mendahulukan kepentingan Ankara berbanding hubungannya dengan Syria, menekan kerajaan Assad ke arah ini,” tambahnya.

Konflik di Syria telah berlangsung selama lebih 11 tahun, di mana ratusan ribu orang terkorban, jutaan kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan kuasa serantau serta kuasa dunia.

Turkiye telah menjadi tuan rumah kepada pembangkang Syria, manakala Rusia pula menyokong kerajaan Syria dari segi politik dan ketenteraan.

Mengulas lanjut, Mensur juga percaya kebimbangan keselamatan Ankara di Syria memainkan peranan besar dalam penyatuan negara-negara berkenaan. Jelasnya, Ankara tidak akan meninggalkan pembangkang Syria tetapi akan cuba menyelesaikan konflik melalui perbincangan.

Katanya, “Jika Turki mahu berbuat sedemikian (meninggalkan pembangkang), isu itu sudah lama diselesaikan. Ankara dijangka mencari keseimbangan antara kedua-dua pihak untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut melalui perbincangan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: