NGO

Ambil Tindakan Papan Iklan Yang Tidak Melambangkan Bahasa Melayu – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya mencadangkan agar pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil tindakan ke atas papan iklan atau nama-nama jalan yang tidak melambangkan atau mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu.

Katanya, ucapan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan bahawa Akta DBP akan dipinda sekaligus memberi kuasa kepada pihak DBP untuk membuat penguatkuasaan dan perlaksanaan dasar merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan Malaysia gagah dengan bahasa ibundanya.

Hal ini kerana, menurutnya, DBP selama ini hanyalah sebuah agensi yang hanya mengangkat Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti. Namun, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasa sekiranya berlaku penyalahgunaan Bahasa Melayu dengan sengaja apatah lagi perkara yang mencemarkan bahasa.

Baru-baru ini, Perdana Menteri yang berucap di Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka menegaskan agar seluruh Keluarga Malaysia terutamanya penjawat awam untuk memberikan komitmen kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Perluasan penggunaannya hendaklah dilaksanakan di semua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta. Jadikanlah peribahasa ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’,” katanya.

Menurut Pengelola DBP, Datuk Dr Awang Sariyan, kerajaan disaran untuk mengangkat bidang-bidang yang sesuai menggunakan Bahasa Melayu bagi mengantarabangsakan bahasa kebangsaan itu.

Justeru, kata Aminuddin, Ahli-Ahli Parlimen diharap dapat membuat kajian menyeluruh terhadap agenda nasional yang bakal menentukan masa depan Bahasa Melayu di persada antarabangsa ini menjelang pindaan Akta DBP di parlimen nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: