Tempatan

Tahniah Kedah Haramkan Judi, Tapi Jangan Tarik Balik Keputusan – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 November 2021 – “Tahniah Kerajaan Kedah. Tahniah..!!! Tapi jangan tarik balik keputusan ini bila Gerakan dan MCA menjerit. Harap kekal tegas keputusan ini,” kata Syed Hassan Syed Ali selepas Kerajaan Negeri Kedah menyatakan kedai nombor ekor akan diharamkan di negeri itu.

“Kami tengok. Diharapkan dapat berterusan keputusan ini,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu lagi.

Semalam, Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bahawa mereka akan melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi, dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Selain larangan tersebut, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: