NGO

Jangan Buat Lupa Tindakan Tegas Kepada Pemandu Positif Alkohol Juga! – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengucapkan tahniah kepada ketegasan Menteri di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dalam isu keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina,” ujar Presidennya, Syed Hassan Syed Ali.

Menurutnya, apa pun amaran keras yang dikeluarkan ini lebih kurang sama semasa tahun 2016 ketika Menteri umum 5 kesalahan tanpa kompaun. Kemudian, tahun 2022 ketika di bawah Kerajaan PN+BN juga ketegasan yang sama tapi menambah lebih satu lagi kesalahan menjadikan 6 yang tidak boleh dikompaun.

Jelasnya, sekarang ini pula ketika di bawah Kerajaan Perpaduan naik kepada 7 kesalahan tanpa boleh dikompaun. Menjadikan kesemua 7 kesalahan akan terus dibawa ke Mahkamah dan tidak lagi boleh dikompaun sahaja.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan kementerian itu supaya ada pun ketegasan yang nak dikuatkuasakan, jangan lupa kesalahan memandu bukan sahaja di bawah pengaruh alkohol yang pastinya akan dikena tindakan, tetapi kesalahan pada mereka yang memandu walaupun setakat dikesan positif alkohol minima sekali pun turut wajar didakwa terus ke Mahkamah juga. Tidak perlu kompaun-kompaun lain.

Tegas beliau lagi, kenderaan mereka perlu ditahan serta merta sehingga ada saudara-mara atau kawan-kawannya datang memandu balik kenderaan tersebut. Pemandu yang positif alkohol tidak boleh dibenarkan memandu balik keretanya selepas disaman.

“Kerajaan mesti tegas kepada semua jenis kesalahan ini. Jangan lagi ambil ringan sehingga boleh menjadikan setiap musim perayaan sebagai pesta mengira jumlah yang terkorban,” katanya.

Tambahan, jangkaan sebanyak dua juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan yang akan datang.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengariskan 7 kesalahan lalu lintas utama juga telah dikuatkuasakan sempena Ops Bersepadu tahun ini; memotong barisan; memotong di garisan berkembar; tidak mematuhi isyarat lampu merah; memandu melebihi had laju; penggunaan telefon bimbit ketika memandu; tidak menggunakan tali atau topi keledar; dan memandu di lorong kecemasan. Semua kesalahan ini tidak hanya dikompaun, tetapi pesalah juga akan dihadapkan ke mahkamah.

Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2023 sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung hujung minggu ini, dilancarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Dengan slogan “Pandu Cermat, Sampai Selamat”, Ops Bersepadu ini akan berlangsung dari 18-28 Januari 2023 dan melibatkan beberapa agensi lain yang bernaung di bawah dua kementerian itu, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS. Termasuk penglibatan seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ dalam operasi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: